Monday, October 24, 2011

HARI TERBUKA UMK 24-25 JUNE 2011


Saudara Frieda melakukan aksi perladaman Hot Shoeing semasa hari terbuka UMK 24-25 June 2011.

Wednesday, October 19, 2011

QUALITY HOTEL SHAH ALAM 13-15 TH SEPT 2011


Tuan Haji Nik Ahmad the Director of Coaching from the Sports Division with the RISP teachers participants

COMMITTE MEMBERS OF RISP PROGRAMME 2011/2012

COMMITTEE MEMBERS OF THE TECHNICAL AND DEVELOPMENT FOR THE RIDING IN SCHOOLS PROGRAMME
SPORTS COUNCIL OF MALAYSIA (MSSM) 2011/2012


Adviser:

Chairman : ENCIK PAIZA BIN MD DOM (PAHANG)
Deputy Chairman : ENCIK RAMLI BIN ABU ITAM (PERAK)
Secretary : PUAN NORIZAH BINTI AHMAD (JOHOR)
Treasurer : DATIN ZAITON BINTI HUSSEIN (SELANGOR)
Technical Competition : ENCIK PAIZA BIN MD DOM (PAHANG)
Technical Development : ENCIK MOHD FAIZAL BIN ISMAIL (KELANTAN)
Technical Coaching : ENCIK SYED SUHAIMI BIN SYED MAT ZIN (PAHANG)
Technical Officials : ENCIK RAMLI BIN ABU ITAM (PERAK)
Technical Data : ENCIK SUHAIDI SUJAK (KEDAH)
Technical Documentation : PUAN AINAL ROZITAH BINTI RUSLAN (PERAK)
Technical Tools & Equipments: ENCIK SHAHIDI HADAPI BIN ABD WAHAB (TERENGGANU)
Technical Welfare : ENCIK NAZERI BIN ABD HAMID (PULAU PINANG)

QUALITY HOTEL SHAH ALAM 13-15 TH SEPT 2011


Some of the male RISP teacher’s representatives

QUALITY HOTEL SHAH ALAM 13-15 TH SEPT 2011




TECHNICAL CHAIRMEN AND THE CO-ORDINATORS FOR THE DEVELOPMENT OF THE RIDING IN SCHOOLS PROGRAMME MEETING
QUALITY HOTEL SHAH ALAM SELANGOR 13TH -15TH SEPTEMBER 2011

Wednesday, October 12, 2011

Utusan Malaysia 12 OKT 2011

39 bakal doktor veterinar UMK dapat pendedahan kenali 'dunia kuda'

KOTA BHARU 11 Okt. - Dalam dunia menuntut ilmu, teori dalam kelas semata-mata tidak akan berupaya menjadikan seorang penuntut itu pandai jika tidak disertai dengan praktikal di luar kelas.

Justeru, sejak awal bulan ini seramai 39 penuntut tahun akhir Fakulti Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengikuti program 'O Level Equin' bertempat di padang latihan kuda di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini.

Program yang bertujuan memberi lebih pendedahan kepada bakal doktor veterinar mengenai haiwan tangkas berkaki empat itu mendapat kerjasama Kelab Poni dan Riding In School Programme (RISP) Kelantan.

Menurut Penyelaras RISP Kelantan, Mohd. Faizal Ismail, penuntut dibahagikan kepada tiga kumpulan dan buat permulaan menyertai kelas asas sebanyak tiga kali yang mengajar mereka pelbagai aspek berkaitan kuda.

"Mereka ditunjukkan cara mengendalikan kuda dari A sampai Z, bagaimana kuda seharusnya dilayan dalam kandang, cara memandi, membelai dan sebagainya.

"Objektif kami bukan sahaja untuk memberi peluang kepada penuntut merasai sendiri pengalaman sebenar sebagai pengendali kuda, malah mungkin juga melahirkan seorang penunggang ekuestrian di kalangan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, program itu merupakan kerjasama pertama antara kelab itu dengan sebuah institusi pengajian tinggi dan berharap ia akan dapat menjadi program berterusan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Salah seorang penuntut yang ditemui, Mohd. Hafizie Mahadi, 21, berkata, jika di dalam kelas dia hanya berupaya 'membelek' model kuda tetapi kali ini dia berhadapan dengan haiwan itu secara sebenar.

Menurutnya, dia tidak pernah menunggang kuda sebelum ini dan berazam berbuat demikian di hujung program nanti.

"Pihak fakulti amat menggalakkan kami menyertai program ini agar kami tidak kekok berdepan dengan kuda. Sebelum boleh merawat kuda kami mesti mengenal haiwan ini dengan lebih dekat, merasai sendiri degup jantungnya, sifatnya dan melihat bagaimana interaksinya dengan manusia," katanya.

Seorang lagi penuntut, Intan Noor Aina Kamaruzaman, 21, pula berkata, terdapat perbezaan antara pembelajaran dalam kuliah dengan pengalaman di program ekuin tersebut.

"Dalam kuliah di universiti, kami lebih menumpukan kepada perubatan kesihatan tapi di sini kami melihat dunia sebenar kuda dan juga pengendali kuda. Malah kami juga mendapat pengalaman membersihkan sendiri kandang kuda.

"Kami pernah menyertai lawatan singkat ke Perak Turf Club di Ipoh tahun lalu untuk tujuan sama tetapi program kali ini lebih memberi kepuasan," akuinya.

sesi latihan riding

FAKULTI VETERINAR UMK


Usahasama RISP Kelantan dan Fakulti Veterinar UMK.