Tuesday, March 27, 2012

latihan jumping di TMKN di Gunung Bachok


Sesi latihan jumping di TMKN Gunung Bachok.Ahmed Ezihan bersama Farouk dengan ketinggian palang 1 meter.

LAWATAN UNISZA 24 MAC 2012


Sekitar aktiviti yang dijalan oleh pelajar kelab Ekuestrian Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu semasa lawatan sambil belajar pada 23 Mac 2012.

LAWATAN UNISZA 24 MAC 2012

LAWATAN UNISZA


LAWATAN UNISZA


Kelab Ekuestrian UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN Gong Badak Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke TENGKU MAHKOTA ENURANCE TRAINING pada 24 APRIL 2012.Seramai 49 pelajar telah mengambil bahagian dalam lawatan tersebut.Antara acara yang disediakan ialah kenali kuda,pony ride dan basic riding.

Wednesday, March 21, 2012

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 21 MAC 2012

Tiga penuntut UMK sertai acara kompetitif ekuestrian di Johor

KOTA BHARU 20 Mac - Tiga penuntut wanita Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menyertai acara dressage Universiti Teknologi Malaysia International Johor Horse Show (UTMIJHS) 2012 dari 12 hingga 15 April depan.

Mereka terdiri daripada penuntut tahun tiga Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) iaitu Nur Zul Izzati Mohd. Rajdi, 22; Nooraihan Harun, 22, dan Alaa Husna Yaman, 22, yang akan menjadi sebahagian kontinjen mewakili Riding In School Programme (RISP) Kelantan dan UMK.

Kejohanan tahunan yang bakal berlangsung di Pusat Ekuin UTM, Skudai, Johor itu adalah pendedahan kali pertama untuk mereka dalam acara kompetitif ekuestrian setelah tidak sampai enam bulan mula terlibat dengan sukan itu.

Nur Zul Izzati ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka terpilih menyertai acara tersebut kerana merasakan belum cukup pengalaman.

Bagaimanapun, katanya, pemilihan itu adalah satu pengiktirafan buat dirinya dan rakan-rakan lain dan mereka bertekad untuk melaksanakannya sebaik mungkin.

Kata Nur Zul Izzati, pembabitan mereka bermula sebagai sebahagian daripada aktiviti penuntut tahun tiga FPV UMK pada hujung September tahun lalu bagi mendedahkan mereka kepada dunia kuda melalui kelas asas O Level yang dianjurkan pihak RISP Kelantan.

"Kesemua kami seramai 38 orang diajar pelbagai aspek tentang kuda secara amali di Ladang Alysha, Padang Tembak tentang cara mengendalikan kuda seperti bagaimana ia sepatutnya dilayan dalam kandang, kaedah memandi dan membelai.

"Lama-kelamaan kami diberi peluang menunggang kuda mengikut disiplin yang ditetapkan dalam sukan ekuestrian.

"Kira-kira 20 orang terlibat secara serius dan datang berlatih hampir setiap minggu selagi tidak bertembung dengan jadual akademik di universiti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa latihan di Tengku Mahkota Endurance Centre (TMEC), Gunung, Bachok, baru-baru ini.

Sementara itu, Alaa Husna berkata, acara dressage yang akan disertai menuntut mereka untuk melaksanakan pergerakan bersama kuda mengikut siri ujian yang disediakan penganjur.